Wednesday 5 September 2012

0 Kepada Penghina-Penghina Cikgu. With Lurve.

Suatu petang selepas balik dari sekolah, bersembang-sembang dengan housemate entah out of the blue macam mana housemate tu bertanya kalau saya suda baca blog Kisah Liyana ,menghina cikgu.

Belum baca blog nya, klik sini. Sebenarnya ada beberapa lagi. Ada yang just post kat Facebook. Sudah bosan dengan status update, apa nak dimakan hari ini..apa nak dibuat besok, sakit hati dengan si anu, sekarang hina cikgu. Kalau anda baca the entire post dan komen-komen di bawahnya adalah komen-komen yang agak lucu dan mengarut. Paling tidak tahan ialah, "orang lain kene la keje..kang cikgu takde gaji...agensi lain kan yang berhempas pulas mengerah tenaga nak bayar gaji cikgu yang mahal tu...." Bodohnya statement ini.

 
Saya pun apa lagi, terus la scroll-scroll ,tap-tap tablet tu googling for Kisah Liyana. Hmm, malangnya blog nya telah diremoved. Tetapi, ada juga bloggers yang sempat share link tu kat blog mereka so saya pun berkesempatan lah untuk membaca entrinya yang bukan sahaja menimbulkan kontroversi tetapi pastinya cikgu-cikgu yang pernah mendidiknya tu akan kecewa , hati jantung jatuh!

Apasal hina cikgu? Berdasarkan kepada pembacaan saya lah...kebanyakan penghina-penghina cikgu-cegi ini tidak puas hati dengan gaji cikgu yang mencapai 2k tidak setimpal dengan beban kerjanya. Begini lah jadinya bila syok-syok tulis blognya , ikut perasaan jer. Tidak terfikir di akal fikiran yang dunia sekarang ni sesiapa sahaja boleh akses nukilan-nukilan anda dan share. Maka ini lah yang terjadi. 

Cikgu memanglah jadual kerjanya setengah hari sahaja. Tapi sedarkah, ingatkah anda masa sekolah dulu siapa yang sediakan lembaran kerja latihan, ujian? Bahan-bahan alat bantu mengajar? Results peperiksaan anda? Atau seriously adakah anda berfikir bahawa semua itu jatuh dari langit dipungut oleh cikgu dan dibawa ke bilik darjah untuk disampaikan agar murid-murid ini suatu hari nanti akan menjadi insan yang berjaya? 

Segala yang disampaikan oleh guru itu dirancang terlebih dahulu agar sesuai dengan aras kecerdikan murid. Semua nya perlu disediakan oleh cikgu. Cikgu menyediakan itu ini dengan menggunakan duit gaji mereka demi pelajar. Berkorban masa dengan anak-anak untuk murid-murid. 

 Fikirlah, kalau cikgu berada disekolah dari jam 7 pagi sehingga jam 1 petang, that makes 6 jam sehari, Sehari ada lebih kurang 3- 4 jam kelas. Di mana masa untuk persediaan mengajar? Di mana masa untuk menjalankan tanggungjawab lain sebagai guru? Kebanyakan cikgu mengangkut kerja balik ke rumah. Supaya di rumah boleh menjaga makan minum anak dan suami sambil boleh juga menjalankan tugas cikgu.  Cikgu bukan mengajar semata-mata , cikgu menjadi pemandu, kerani, jurulatih sukan, dan bermacam-macam lagi. Tugas mengajar pula doesn't end with students out loud, "Terima kasih , cikgu!" dan cikgu berlalu keluar dari kelas. Di pejabat, cikgu kena menanda buku, menanda kertas ujian, key in markah, analisis markah...belum lagi tugasan lain sebagai guru kelas, guru kesihatan, guru bertugas mingguan dan banyak lagi.

Sooo...jangan pernah fikir tugas cikgu itu tidak setimpal dengan gajinya. Semua pekerjaan itu ada bebanan dan tanggungjawabnya. Kalau tiada, adakah kita boleh hidup sejahtera begini? Semua pekerjaan ini saling melengkapi antara satu sama lain. Tiada cikgu, tiada lah doktor, engineer, nurse, bisnesman..Tiada bisnesman, cikgu tiada makan, tiada doktor, cikgu sakit murid sakit , parah tu, Tiada engineer, cikgu tiada tempat untuk mengajar , melahirkan lebih banyak engineer. Kan, kan?Ada kanak-kanak di negara-negara yang susah yang tidak mendapat langsung peluang untuk belajar. Anda sepatutnya bersyukur kerana cikgu anda lah yang menjadikan anda engineer, anda seorang yang berjaya atau telah mendapat ijazah. At least, anda tekan-tekan keyboard menulis tu pun , belajar mengeja mengira semuanya dari cikgu kan.

So, berubah lah. Kalau pun , anda tidak berpuas hati.. Jangan lah menghina. Tidak perlulah tulis out loud di facebook or blog. Kesian cikgu-cikgu yang pernah mengajar penghina-penghina ini jika mereka terbaca tulisan-tulisan anda yang tidak mengenang budi tu. Apa lagi penghina-penghina ini kebanyakannya gologan terpelajar. Mungkin lupa siapa yang telah membantu mereka berjaya.  Walaupun mungkin anda bebas sebenarnya untuk menulis apa sahaja tetapi kebebasan itu haruslah dipergunakan dengan berhati-hati. Tengok lah sekarang, bebas punya bebas tidak sayang mulut .

Kalaupun, anda pernah mempunyai pengalaman mendapat cikgu yang kurang memberi kasih sayang perhatian terhadap anda semasa zaman persekolahan, tidak semua cikgu seperti itu. Ingat, TIDAK SEMUA.Cikgu juga adalah insan biasa. Tidak terlepas dari membuat kesilapan. Juga ada keinginan untuk bersosial, tidak salah untuk berbisnes online asalkan tanggungjawab sebagai cikgu itu dilaksanakan dengan baik.

Akhir sekali, penghina-penghina cikgu ini, sebelum menulis sesuatu yang tidak baik tentang cikgu, fikir dahulu siapa yang ajar anda supaya boleh mengeja dan mengira. Anda tidak keluar dari rahim ibu dengan sedia boleh mengeja, membaca dan mengira. Siapa bagi anda markah peperiksaan yang baik supaya anda mendapat tempat di universiti dan akhirnya berada di tempat sekarang? Fikir-fikirkan lah....

p/s: Kalau jealous sangat tidak tertahan dengan cikgu, jom lah jadi cikgu dan rasalah beban kerja cikgu. Mungkin anda ni pernah apply jadi cikgu tapi ditolak kot. Pas tu, angin tengok cikgu naik gaji. Tidak apa, ada banyak option, try again? cancel? remind me later?

Ikhlas dari cikgu.:p
 

All That Women Like Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates